:: LUARBIASAkan yang BIASA ::



SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung
Warna-Warni Pensyarah Baru.
Saya akan muatnaik ceritera terbaru mengikut kesesuaian masa.
Sila tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA...

Sekian,Terima Kasih


Kunjungilah LAMAN WEB IPTHO. Klik di sini
Showing posts with label Pengurusan. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan. Show all posts

Monday, 15 August 2011

KESEDARAN : Kursus Kesedaran Kefahaman MS ISO 9001 : 2008


Kursus : Kursus Kesedaran Kefahaman MS ISO 9001:2008
Tarikh : 15 Ogos 2011 (Isnin)
Masa : 2.00 - 4.00 petang
Tempat : Bilik LDP 1, IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Tn Hj Mohd Noor Yusoff
Penceramah HEBAT berkaitan MS ISO 9001:2008

Peserta Kursus - khususnya pensyarah-pensyarah baru

Thursday, 14 July 2011

LATIHAN PEMBANGUNAN STAF (LPS) : Tamplate Soalan

14.07.2011 - Rabu :

Hari ini saya dan rakan-rakan pensyarah baru ikuti Latihan Pembangunan Staf (LPS) anjuran Unit Peperiksaan IPTHO di Bilik LDP3. Penceramah untuk latihan ini ialah En Abd Shukor Elias, Pegawai Pengurusan daripada Unit Peperiksaan IPTHO.

En. Abd Shukor Elias memberi ceramah berkaitan penggunaan template soalan peperiksaan

Saya mendapat pengalaman baru apabila ikuti kursus ini. Pertamanya, setiap pensyarah baru dapat memahami kaedah template standard seluruh IPG sewaktu pembikinan soalan kerja kursus. Keduanya, saya baru mengetahui bahawa fail words yang sering digunakan boleh dilaksanakan template yang standard. 

Bersama penceramah

Setakat ini, seluruh 27 buah IPG di Malaysia menggunakan template soalan yang standard. Template soalan ini telah diciptakan oleh En Abi Lazim daripada IPG Darul Aman, Kedah. Beliau memiliki laman web tersendiri berkaitan memberi khidmat tentang tatacara penggunaan template soalan tersebut. Klik DI SINI.

Peserta Kursus
Apabila saya layari laman web beliau, saya tertarik dengan perkongsian maklumat yang beliau pamerkan. Pengguna boleh muatturunkan bahan template soalan dan i-tuntutan. Kedua-dua maklumat tersebut sangat memberi manfaat kepada para pensyarah baru seperti saya. Selain itu, beliau juga telah memberi manfaat kepada para guru di sekolah-sekolah dengan pembinaan template soalan peperiksaan untuk kegunaan di sekolah.


Peserta Kursus

Peserta Kursus

Wednesday, 15 June 2011

PENSYARAH BARU : Tugas dan tanggungjawab

Hakikatnya, tugas guru-guru di sekolah dan para pensyarah di IPG masih sama kerana berteraskan akademik dan pengurusan. Namun demikian, tugas dan skop adalah berbeza antara keduanya. Bagi pensyarah baru yang bermula kerjaya di sekolah dan  baru bertugas di IPG seperti saya pastinya menjadi satu kejutan dalam skop tugas dan budaya kerja. Ini kerana proses P&P dan tanggungjawab-tanggungjawab lain seperti penyeliaan praktikum dan sebagainya pastilah menjadi satu kejutan. Ini kerana, sebanyak 13 skop kerja yang digarapkan oleh IPGM Induk di Cyberjaya adalah satu proses kerja yang baru. 

Senarai Tugas Pensyarah IPGM
Lantaran itu, selaku pensyarah baru harus melalui proses pembelajaran laluan kerjaya baru ini dengan cepat dan kerap bertanya pada pensyarah senior. Ini bertujuan supaya pensyarah baru tidak tertinggal dalam apa jua aktiviti di IPG masing-masing. Saya telah menjumpai data berkaitan dengan tugas pensyarah baru di sesebuah IPG. Saya telah muatnaik ke sebuah blog pendidikan saya. Anda boleh lihat pada ruangan bahan yang telah dimuatnaik dalam fail berbentuk PDF. Sila Klik DI SINI.

Ruangan fail yang telah dimuatnaik

Asasnya, tugas hakiki Pensyarah di IPG terdapat 3 skop utama iaitu :
1. Tugas Utama
2. Tugas Pelengkap, dan
3. Tugas Pentadbiran Pendidikan

Jumlah jam dalam seminggu
Setiap skop tugas tersebut mempunyai perincian dan jumlah jam tertentu. Maka, setiap pensyarah baru IPG harus sedar akan skop tugas itu. Keseluruhannya jumlah jam tugas yang termetri secara hitam putihnya adalah sebanyak 39jam seminggu. Namun, tugas pensyarah di IPG seprti tugas guru di sekolah juga yang memerlukan tuntutan pengorbanan masa dan tenaga dalam meralisasikan hasrat KPM untuk terus memacu IPG di persada global.


Friday, 27 May 2011

IPTHO : Sambutan Hari Guru

Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Pada tahun ini (2011) walaupun Hari Guru telah terlaksana sambutannya di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). Temanya ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.
Banner Laman Web sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak.

Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Sinonim sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingin dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), para pendidik perlulah menguasainya agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai.

Dalam hal ini, jati diri para pendidik haruslah tinggi agar dapat mengikut rentak yang dirancang oleh kerajaan dalam bidang pendidikan. Akhir kalam, dalam hal ini (transformasi pendidikan), saya percaya para guru sememangnya sudah bersedia.

IPG Induk membuka 'booth' sempena sambutan
Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011

Majlis Perasmian sempena sambutan
Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011

Hidup Cikgu................ 


***************************
Hari ini pula (27 MEI 2011) adalah sambutan Hari Guru Peringkat IPTHO. Sambutan ini adalah di bawah kelolaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) khusus untuk para pensyarah IPTHO. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya. 

Sambutan Hari Guru peringkat IPTHO

Thursday, 12 May 2011

STAR RATING : Memantapkan pengurusan

Y.A.B Perdana Menteri telah menyarankan supaya penarafan Star Rating diperkenalkan terhadap Agensi-agensi Kerajaan pada 1 Disember 2006 di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK).  Atas dasar itulah, IPTHO turut menyahut seruan tersebut. 

Bagi perlantikan JKuasa Star Rating 2011 di IPTHO, saya terlibat sebagai urusetia. Untuk peringkat awal ini, saya masih belum memahami sepenuhnya kitaran tugasan JKuasa tersebut. Namun saya harus mencari beberapa maklumat lain berkaitan Star Rating untuk memahami kitaran tugasan bagi memudahkan proses melaksanakan tugasan. InsyaAllah. 

Pada 11.05.2011, JKuasa Star Rating IPTHO telah memantau dan menyemak hasilan pagawai bertanggungjawab selaku pemungut data untuk memantapkan bidang pengurusan di IPTHO. Saya sekadar memerhati dan cuba memahami senario tersebut.
Pegawai Pemantau sedang menilai pembentangan daripada Pegawai Pengumpul Maklumat Pengurusan
untuk penilaian Star Rating.
Bersama ini beberapa maklumat umum berkaitan Star Rating dalam organisasi kerajaan.


 


Saturday, 30 April 2011

TEAM BUILDING : Kursus Kecemerlangan Organisasi

Mulai 27 hingga 29 April 2011, aku ikuti Kursus Team Building di Pusat Latihan dan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi, Segamat, Johor. Seramai 60 orang warga Iphto termasuk staf sokongan dan staf akademik. Situasi ini mampu merapatkan sesama peserta dalam mencapai kecemerlangan untuk IPTHO itu sendiri. Kursus ini adalah anjuran Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (Unit LDP yang diketuai oleh Pn Nor Hida)

Pn Nor Hida, selaku Ketua Unit LDP memberi ucapan aluan
kepada semua warga IPHO yang baru tiba
27 April 2011 - Petang dan malam
Sewaktu sesi Ice-beraking di awal kursus, semua peserta diminta menulis nama dan gred jawatan pada sehelai kertas. Helaian itu diserahkan kepada urusetia yang bertugas. Situasi ini menjelaskan tiada perbezaan sesama sendiri sepanjang ikuti kursus tersebut. Walau bagaimanapun, perbezaan karektor, perwatakan dan ragam menyebabkan situasi itu dilaksanakan. Itu semua adalah proses biasa dalam kehidupan seharian mahupun dalam ruang kerjaya.

Meletakkan nama dan pangkat di dalam bungkusan

Tanda bagus. Mr Mohan.

Persembahan dalam sesi memperkenalkan kumpulan masing-masing.
 
 Mencipta bendera kumpulan
 Ahli kumpulan yang bekerjasama dalam merekabentuk logo untuk setiap kumpulan
Malamnya pula, kumpulan diagihkan dengan kiraan nombor 1 hingga 6. Akhirnya, masing-masing bergerak dalam kumpulan sendiri mengikut nombor diri. Aku berada dalam kumpulan ke-6.

Pn Kamisah (SU Jabatan Ilmu Pendidikan - bertudung hitam dan berbaju biru)
yang sedang menjalankan aktiviti

Markah diberikan terhadap persembahan yang dilaksanakan


En. Ismail Mansor menyampaikan hadiah.
28.04.2011 - 
Pagi :

Pelbagai aktiviti telah dirancangkan mengikut kesesuaian peringkat umur dan tenaga para peserta secara amnya. Terdapat beberapa aktiviti yang menarik minat aku khususnya Explore Race. Terdapat 6 stesyen yang perlu diselesaikan tugasan di setiap stesyen tersebut. Selaku ketua kumpulan, aku perlu tegas, berlembut, memahami dan menyesuaikan diri dengan pelbagai ragam dan perwatakan ahli kumpulan.

Petang :

Aktiviti yang agak lasak ialah sesi membina dan menaiki rakit yang dibina. Semua kumpulan perlu membina rakit dengan 6 buah pelampung (getah tayar lori), 6 batang buluh yang panjang, 3 batang buluh yang pendek dan 6 utas getah pelampung (tayar) yang dibentuk spt tali untuk mengikat. Sewaktu penerangan yangdiberikan oleh fasilitator kepada ketua kumpulan, nampak mamcam mudah. Apabila proses pembinaan rakit tersebut, terasa sukar la jugak. Namun, semua kumpulan harus menurunkan rakit dari daratan ke dalam kolam besar (alur air) untuk mendapatkan bendera Malaysia di hujung kolam. Jarak permulaan hingga ke akhirnya, tidaklah terlalu jauh tetapi tetap berasa keletihannya. Almaklumlah, terdapat 8 orang peserta kumpulan dengan 2 batang pendayung yang dibekalkan.
Bersantai dalam kolam
 Pakat-pakat dayung

Fuhhh.. Kumpulan aku mendapat tempat ke-3 dalam perlumbaan berakit itu. Yang penting dalam aktiviti tersebut ialah bekerjasama...

Malam :

Pada waktu malam, terdapat dua aktiviti yang dilaksanakan. Pertamanya ialah "RADIO KARAT" dan keduanya ialah "NIGHT WALK". 

Bagi aktiviti RADIO KARAT, ketua kumpulan diberi sebuah teks dan perlu memahami maklumat yang disampaikan. Bagi aku, aktiviti sebegini memerlukan kebijaksanaan dalam memahami, mengkategorikan dan menyampai maklumat. Berdasarkan sebuah teks yang panjang berkaitan sebuah senario pemandangan di sesebuah kawasan, aku mengingat dan menyusus maklumat2 tersebut mengikut kriteria.

Taklimat tentang aktiviti Radio Karat

Beberapa maklumat yang remeh dan isi yang kurang penting, aku telah nyahkan dalam ruang memori utk disampaikan kepada ahli kumpulan yang ke-2. Pelbagai gangguan dlm proses mengingat dan menyampaikan maklumat. Muzik dibunyikan dengan kuat dan penyampai maklumat perlu menjaga api lilin masing-masing supaya tidak padam. Malahan, fasilitator pula telah menguis2 api lilin tersebut. Gangguan-gangguan tersebut mampu merosakkan proses penyampaian maklumat. Begitulah yang berlaku di sesebuah organisasi. Akibat menyampaikan maklumat, pasti ada yang tertinggal dan ada penambahan maklumat. Akhirnya, maklumat yang berlegar adalah tidak sahih seperti asalnya.

Sebelum sesi NIGHT WALK
Manakala, aktiviti selanjutnya ialah NIGHT WALK. Sesi ini memberi keinsafan dalam diri. Berjalan seorang diri dalam hutan yang gelap pekat. Hanya berpandukan tali yang diikat pada pokok dan kayu tumbang di sepanjang perjalanan. Insaf, pasrah, berusaha, meredah, mengharungi dan berstrategi dalam perjalanan hingga ke penghujungnya adalah pedoman sepanjang perjalanan. Banyak kayu, pokok dan ranting serta belukar kecil yang merentangi perjalanan. Begitulah seadanya kehidupan kita. Mana mungkin kita tahu apa yang bakal berlaku di hadapan sana melainkan berhati-hati dan berpandukan panduan hidup menjadi pengangan masing-masing...

29.04.2011 - Pagi

Sesi ucapan daripada Pengarah IPTHO telah berlangsung Beberapa harapan dan amanat pucuk pimpinan terhadap warga IPTHO dalam mencapai kecemerlangan organisasi.

Kehadiran Pengarah, Pn Hjh Zaleha dalam menyemarakkan suasana kursus tersebut
Menariknya, Pengacara Majlis, Pn Faziah Hashim, berjaya merangka seloka khas berkaitan keseluruhan perjalanan program itu. Setiap bait rangkap yang dibina terdapat rangkuman peristiwa manis yang digarapkan. TAHNIAH. Anda boleh KLIK DI SINI.

Setelah selesai, jam 12.30 tengah hari, aku bergegas pulang ke Tanjung Malim, Perak untuk menziarahi ahli keluarga yang masih kejauhan...Sempat aku bersembahyang Jumaat di sebuah masjid di Negeri Sembilan.

Tuesday, 26 April 2011

PENYELIAAN : Praktikum Sesi Terakhir...

Hari ini, aku masih ikuti pelaksanaan Program Mentoring berkaitan sesi praktikum yang berlangsung sehingga 28 April 2011. Justeru, aku ikuti pensyarah senior ke sebuah sekolah rendah di daerah Kluang untuk melaksanakan sesi penyeliaan Praktikum yang terakhir. 

Sesi Penyeliaan terakhir lebih berkisar kepada penyeliaan bersama guru pembimbing. Beberapa aspek yang perlu diambilkira dalam penyeliaan ini. Permerhatian terhadap segala dokumentasi guru pelatih perlu dititikberatkan. Ini bertujuan agar adunan pengalaman praktikum mereka dapat diserapkan dalam jiwa dan roh mereka sebagai bakal guru permulaan. Malahan, beberapa kata-kata nasihat telah dibelhkan kepada guru pelatih agar mereka memahami senario sebenar dalam kelas dan sekolah.

Pengalaman langsung guru pelatih dalam sesi praktikum benar-benar menguji aspek pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, pengurusan masa, hubungan interpersonal, komunikasi berkesan dan situasi sebenar di dalam kelas dan sekolah. Tahniah kepada guru pelatih yang telah berjaya menjalani sisi praktikum dengan jayanya.

Saturday, 23 April 2011

PWTC : Pesta Buku 2011

 23 April 2011 – Sabtu
Pesta Buku 2011- PWTC

Hampir 30 orang pensyarah IPTHO  telah ke Pesta Buku 2011 di PWTC. Para pensyarah tersebut adalah mewakili jabatan dengan kepakaran dalam bidang masing-masing.  Ini bertujuan untuk memilih buku-buku yang bersesuaian bagi tujuan rujukan para pelajar Institut di perpustakaan.


Menuju ke PWTC

Mulai Jam 6.30 pagi, semua berkumpul di Astaka, Unit Gerko untuk menaiki bas IPTHO. Ada juga sebahagian pensyarah yang menaiki kenderaan sendiri dengan membawa keluarga masing-masing ke arah tuju yang sama. Masing-masing mengambil tempat di dalam bas.

Mengalas Perut

Hampir jam 9.00 pagi, kami singgah di Hentian R&R Air Keroh Melaka untuk bersarapan bagi mengisi perut yang semakin ‘berkeroncong’. Kami memulakan perjalanan pada jam 9.30 pagi setelah 30 minit untuk mengalas perut dengan sedikit kuih-muih.

Tiba di perkarangan PWTC

Tiba di PWTC hampir jam 10.45 pagi. Beberapa orang pensyarah yang menaiki kenderaan sendiri telah  tiba lebih awal di sana. 
Sibuk memilih buku 

Sempat bergambar di hadapan Cambridge
Pn Nuri telah membentuk beberapa kumpulan untuk kami mengikuti pegawai pemasaran bagi syarikat EDU Resources Enterprise. Ini bertujuan untuk memudahkan urusan pemilihan/ cadangan  buku-buku yang bersesuaian untuk Pusat Sumber IPTHO.
Terserempak dengan "Abg Jem"
tatkala mengalas perut di Hotel Pan Pacific
Bersama Khaled Salleh sewaktu menantikan kehadiran bas IPTHO untuk pulang.

 
Pulang, marilah pulang..

Friday, 22 April 2011

IPTHO : MAJLIS KONVOKESYEN KE-18

“ Pendidik Berwawasan Penjana Kecemerlangan”

Dirasmikan oleh :
YB Dr Hj Mohd. Puad Zakarshi
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Pada :
Jumaat, 22 April 2011

Tempat :
Dewan Seri Budiman
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Jhr

Pengarah, Pn Hjh Zaleha bt Onn mengiringi YB Dr Hj Mohd Puad b. Zakarsi


Pegawai Pengurusan IPTHO berbaris masuk ke Dewan Seri Budiman

Sebahagian guru permulaan yang menerima Diploma Pendidikan


Penerima Diploma Pendidikan
A. KPLI Ambilan Jun 2009
1. Pengajian Bahasa Cina
-    cemerlang  - 42 orang
-    kepujian – 13 orang
-    lulus – 0 orang

2. Pengajian Bimbingan dan Kaunseling
-    cemerlang  - 25 orang
-    kepujian – 2 orang
-    lulus – 0 orang

B. KPLI – Ambilan Januari 2010

1. Pengajian Agama Islam
-    cemerlang  - 20 orang
-    kepujian – 0 orang
-    lulus – 0 orang

2. Pengajian Pemulihan Khas
-    cemerlang  - 22 orang
-    kepujian – 0 orang
-    lulus – 0 orang

3. Pengajian Bahasa Cina
-    cemerlang  - 18 orang
-    kepujian – 3 orang
-    lulus – 0 orang



C. KDPM (KDC) – Ambilan Januari 2007

1 . Pengajian Cina/Matematik
-    cemerlang  - 10 orang
-    kepujian – 31 orang
-    lulus – 2 orang

2. Pengajian Cina/Kem. Hidup
-    cemerlang  - 3 orang
-    kepujian – 16 orang
-    lulus – 0 orang

D. KDPM-PLPS  KEMAS – Ambilan Julai 2007

1. Pengajian Pra Sekolah
-    cemerlang  - 26 orang
-    kepujian – 4 orang
-    lulus – 0 orang

E. KDPM (KDC)PLPS  KEMAS/PERPADUAN – Ambilan Julai 2007

1. Pengajian Pra Sekolah
-    cemerlang  - 22 orang
-    kepujian – 13 orang
-    lulus – 2 orang

Sumber : Buku Konvokesyen ke 18 2011.

Thursday, 21 April 2011

COKMAR : identiti dan kegemilangan

Cokmar Majlis Konvokesyen telah diperkenalkan pada tahun 2000. Cetusan fikiran untuk mewujudkan cokmar ini dizahirkan sendiri oleh Pengetua Maktab Perguruan Batu Pahat, Tn Hj Hashim bin Kahat dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Majlis Konvokesyen MPBP tahun 2000. Atas keinginan dan kepekaan yang tinggi untuk melihat MPBP cemerlang dari semua sudut, maka lahirlah cetusan fikiran beliau untuk mewujudkan  sebuah  cokmar yang melambangkan imej, identiti dan kecemerlangan dalam pelbagai ilmu dan kemahiran di MPBP.


 Tatacara meletakkan Cokmar dengan berhemah

Cokmar ini telah direka bentuk oleh saudari Soraya binti Rosli, pelajar KPLI Pengajian Seni sesi 2000-2001. Reka bentuk ini merupakan pemilihan terbaik daripada 20 reka bentuk yang dihasilkan oleh para pelajar KPLI Pengajian Seni yang dibimbing oleh para pensyarah dari Unit Pendidikan Seni. Pemilihan tersebut telah dipersetujui bersama di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MPBP.

Cokmar ini diperbuat daripada bahan logam dan menggunakan teknik ‘etching’ berbentuk sebatang pen yang melambangkan kecemerlangan dalam bidang ilmu. Unsur awan larat yang menghiasi cokmar ini adalah berdasar tumbuhan semula jadi yang menjalar, melambangkan ilmu dan nilai-nilai pengetahuan sentiasa subur dan berkembang di sepanjang zaman walaupun dipenuhi pelbagai cabaran.

 Raptai untuk Majlis Konvokesyen ke-18 2011


Penggunaan cokmar untuk Konvokesyen MPBP (kini IPTHO) telah dianugerahkan oleh YAB Dato’ Hj Abd Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor.

Perarakan akademik Majlis Konvokesyen, didahului oleh pembawa cokmar sebagai salah satu identiti dan kegemilangan majlis. Istiadat membawa cokmar ini akan terus diguna pakai dalam majlis-majlis konvokesyen yang akan datang.


 Barisan Pembawa Cokmar dan penaihat dalam pergerakan membawa cokmar

Wednesday, 20 April 2011

AGIHAN : Tugasan Arwah En. Zakaria

Entri berkaitan kembalinya En Zakaria ke rahmatullah telah dipaparkan. KLIK DI SINI. Sehubungan itu, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan - Tn Hj Mahali telah mengambil tindakan proaktif atas urusan mengagihkan tugas dan tanggungjawab Allahyarham Zakaria sewaktu hayatnya sebagai pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan. 
Pengagihan yang sama-rata.
Dari kiri : En.Azlanlin, Tn Hj Mahali (Ketua Jabatan) dan En.Rosman
Lantaran itu, aku adalah sama bidang kepakaran dengan Allahyarham iaitu dalam bidang Psikologi. Makanya, jawatan Penyelaran Subjek - EDU 3102 : Perkembangan Kanak-kanak adalah menjadi tanggungjawab aku untuk diselesaikan bagi semester ini. Begitu juga dengan tambahan kelas untuk mengajar mata pelajaran tersebut.

Tuesday, 19 April 2011

MESYUARAT : Liason Officer @ Pegawai Pengiring

Hari ini aku menghadiri mesyuarat berkaitan Jawatan Kuasa Kecil dalam pengurusan Hari Konvokesyen IPTHO kali ke 18 2011. Aku terlibat berkaitan dengan tugasan Liason Officer (LO) @ Pegawai Pengiring. 

En. Koh, Timb Pengarah IPTHO dan En Raof
selaku Penyelaras Majlis Konvokesyen kali ke-18
sedang mendengar segala permasalahan dalam hal JKuasa 'LO'

Tugasan ini mungkin adalah tugasan biasa bagi seorang guru yang telah biasa terlibat dengan hal ini. Namun pengalaman LO aku sewaktu di sekolah dalam melancarkan aktiviti peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan sedikit-sebanyak dapat membantu untuk tugasan ini di IPG.

Pegawai LO yang berehat sementara menunggu Pengarah iringan bersarapan
sebelum majlis Konvokesyen berlangsung

Suatu kebetulan, aku menjadi 'LO' untuk Pengarah IPG Kampus Ipoh Perak. Awalnya, aku cuba selidiki maklumatnya di laman web IPG tersebut dan bertanyakan rakan-rakan pensyarah senior. Hal ini membantu aku mengenali dan memahami individu yang bakal aku iringi nanti. Walau bagaimanapun, maklumat tersebut hanyalah sebagai persediaan awal sebelum aku hubungi beliau.

Bergambar bersama dengan Pengarah IPG Ipoh (baju hijau) dan IPIS (baju kuning) yang diiring

Akhirnya, aku hubungi Pengarah IPG IPoh Perak melalui telefon bimbitnya untuk berbincang dan memaklumkan hal yang harus diketahui dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Situasi ini akan memudah dan melancarkan perjalanan Majlis Konvokesyen IPTHO nanti.

Alhamdulillah, tugasan ini diselesaikan dengan lancar. Beberapa pengalaman baru dapat aku kutip sebagai penambah rencah Warna-warni Kehidupan aku.