:: LUARBIASAkan yang BIASA ::



SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung
Warna-Warni Pensyarah Baru.
Saya akan muatnaik ceritera terbaru mengikut kesesuaian masa.
Sila tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA...

Sekian,Terima Kasih


Kunjungilah LAMAN WEB IPTHO. Klik di sini

Monday 18 April 2011

AL-FATIHAH : Kembalinya Sdra Zakaria Kaliman

Jam 7.00 pagi, Miss Berry aku berdering menandakan sms masuk ke dalam kantung massage. 

"asmlkm. mklman, Zakaria Kaliman meninggal dunia 6.30 pagi tadi. Al-Fatihah.

Jam 9.30 pagi setelah selesai Taklimat Pensyarah Cemerlang 2011 berkaitan prosedur dan syarat-syaratnya yang disampaikan oleh Tn Hj Azni, beberapa agihan kumpulan untuk bergerak menziarahi jenazah di Kg Belahan Tampok, Rengit.

Aku, Sdra Rosman, Sdra Ismail "Muzik" menaiki kenderaan Sdra Latif. Kami bergerak melalui Kg Parit Karjo sehinggalah tiba di rumah jenazah. Jika aku pergi sendiri ke sana, pasti tidak akan temui lokasi tersebut.

Malahan, seramai 40 orang pelajar juga hadir dengan menaiki bas institut yang diketuai oleh YDP JPP.
Pn Pengarah IPTHO, Hjh. Zaleha Binti Onn turut menziarahi ahli keluarga arwah 
di Kg Belahan Tampok, Rengit.

Setiba di sana, jenazah telah selesai dikebumikan. Kami sempat berbual dengan beberapa orang pensyarah yang telah tiba lebih awal. Setelah rombongan menghantar jenazah di tanah perkuburan pulang ke rumah arwah, kami mengadakan tahlil yang diketuai oleh Imam kampung tersebut. 

Alhamdulillah, terlaksana bacaan Tahlil ringkas, warga IPTHO yang hadir bersama 
warga kampung di situ.

Akhirnya, semua tetamu pulang semula ke institut bagi meneruskan tugas yang belum selesai.

No comments:

Post a Comment