Hakikatnya, tugas guru-guru di sekolah dan para pensyarah di IPG masih sama kerana berteraskan akademik dan pengurusan. Namun demikian, tugas dan skop adalah berbeza antara keduanya. Bagi pensyarah baru yang bermula kerjaya di sekolah dan baru bertugas di IPG seperti saya pastinya menjadi satu kejutan dalam skop tugas dan budaya kerja. Ini kerana proses P&P dan tanggungjawab-tanggungjawab lain seperti penyeliaan praktikum dan sebagainya pastilah menjadi satu kejutan. Ini kerana, sebanyak 13 skop kerja yang digarapkan oleh IPGM Induk di Cyberjaya adalah satu proses kerja yang baru.
Senarai Tugas Pensyarah IPGM |
Lantaran itu, selaku pensyarah baru harus melalui proses pembelajaran laluan kerjaya baru ini dengan cepat dan kerap bertanya pada pensyarah senior. Ini bertujuan supaya pensyarah baru tidak tertinggal dalam apa jua aktiviti di IPG masing-masing. Saya telah menjumpai data berkaitan dengan tugas pensyarah baru di sesebuah IPG. Saya telah muatnaik ke sebuah blog pendidikan saya. Anda boleh lihat pada ruangan bahan yang telah dimuatnaik dalam fail berbentuk PDF. Sila Klik DI SINI.
Asasnya, tugas hakiki Pensyarah di IPG terdapat 3 skop utama iaitu :
1. Tugas Utama
2. Tugas Pelengkap, dan
3. Tugas Pentadbiran Pendidikan
Jumlah jam dalam seminggu |
Setiap skop tugas tersebut mempunyai perincian dan jumlah jam tertentu. Maka, setiap pensyarah baru IPG harus sedar akan skop tugas itu. Keseluruhannya jumlah jam tugas yang termetri secara hitam putihnya adalah sebanyak 39jam seminggu. Namun, tugas pensyarah di IPG seprti tugas guru di sekolah juga yang memerlukan tuntutan pengorbanan masa dan tenaga dalam meralisasikan hasrat KPM untuk terus memacu IPG di persada global.
Salam..En Azlan saya dah buat blog.ini alamt blog saya.http://inibel0gsy.blogspot.com.Terima kasih.
ReplyDeleteTahniah... ada pembaharuan!.
ReplyDelete~ Cikgu akan merasai perbezaan sebelum dan selepas memiliki sebuah blog dalam memaparkan aktiviti Tabika Cikgu.
~ Saya berbangga dengan usaha Cikgu.
Salam tuan.sy nk brtanya..kerja sebagai pensyarah ipg ni..mmg lumayan tugasan nya ye?nmpk btl2 padat kan..blh jem jugak tu kepala nk memikir..
ReplyDeletet.kasih tuan.
Assalam, saya baru mendapat tawaran untuk temuduga pensyarah akademik di IPG sebagai pensyarah baru. Apakah yang perlu saya siapkan sebelum temuduga? Saya juga ingin bertanya adakah saya memilih menukar kerjaya sebagai guru di sekolah ke pensyarah satu tindakan yang bijak?
ReplyDelete