:: LUARBIASAkan yang BIASA ::



SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung
Warna-Warni Pensyarah Baru.
Saya akan muatnaik ceritera terbaru mengikut kesesuaian masa.
Sila tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA...

Sekian,Terima Kasih


Kunjungilah LAMAN WEB IPTHO. Klik di sini
Showing posts with label JIP. Show all posts
Showing posts with label JIP. Show all posts

Saturday, 23 April 2011

PWTC : Pesta Buku 2011

 23 April 2011 – Sabtu
Pesta Buku 2011- PWTC

Hampir 30 orang pensyarah IPTHO  telah ke Pesta Buku 2011 di PWTC. Para pensyarah tersebut adalah mewakili jabatan dengan kepakaran dalam bidang masing-masing.  Ini bertujuan untuk memilih buku-buku yang bersesuaian bagi tujuan rujukan para pelajar Institut di perpustakaan.


Menuju ke PWTC

Mulai Jam 6.30 pagi, semua berkumpul di Astaka, Unit Gerko untuk menaiki bas IPTHO. Ada juga sebahagian pensyarah yang menaiki kenderaan sendiri dengan membawa keluarga masing-masing ke arah tuju yang sama. Masing-masing mengambil tempat di dalam bas.

Mengalas Perut

Hampir jam 9.00 pagi, kami singgah di Hentian R&R Air Keroh Melaka untuk bersarapan bagi mengisi perut yang semakin ‘berkeroncong’. Kami memulakan perjalanan pada jam 9.30 pagi setelah 30 minit untuk mengalas perut dengan sedikit kuih-muih.

Tiba di perkarangan PWTC

Tiba di PWTC hampir jam 10.45 pagi. Beberapa orang pensyarah yang menaiki kenderaan sendiri telah  tiba lebih awal di sana. 
Sibuk memilih buku 

Sempat bergambar di hadapan Cambridge
Pn Nuri telah membentuk beberapa kumpulan untuk kami mengikuti pegawai pemasaran bagi syarikat EDU Resources Enterprise. Ini bertujuan untuk memudahkan urusan pemilihan/ cadangan  buku-buku yang bersesuaian untuk Pusat Sumber IPTHO.
Terserempak dengan "Abg Jem"
tatkala mengalas perut di Hotel Pan Pacific
Bersama Khaled Salleh sewaktu menantikan kehadiran bas IPTHO untuk pulang.

 
Pulang, marilah pulang..

Wednesday, 20 April 2011

AGIHAN : Tugasan Arwah En. Zakaria

Entri berkaitan kembalinya En Zakaria ke rahmatullah telah dipaparkan. KLIK DI SINI. Sehubungan itu, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan - Tn Hj Mahali telah mengambil tindakan proaktif atas urusan mengagihkan tugas dan tanggungjawab Allahyarham Zakaria sewaktu hayatnya sebagai pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan. 
Pengagihan yang sama-rata.
Dari kiri : En.Azlanlin, Tn Hj Mahali (Ketua Jabatan) dan En.Rosman
Lantaran itu, aku adalah sama bidang kepakaran dengan Allahyarham iaitu dalam bidang Psikologi. Makanya, jawatan Penyelaran Subjek - EDU 3102 : Perkembangan Kanak-kanak adalah menjadi tanggungjawab aku untuk diselesaikan bagi semester ini. Begitu juga dengan tambahan kelas untuk mengajar mata pelajaran tersebut.

Tuesday, 5 April 2011

MODERASI : Kerja Kursus

05.04.2011 - Selasa

Jam 2.30 petang, aku ikuti taklimat berkaitan moderasi kerja kursus di bilik rehat dalam jabatan Ilmu Pendidikan.

Kerja Kursus GP PISMP yang telah dipungut.
Terlalu asing aku rasakan apabila mengikuti taklimat tersebut apabila konsep yang diamalkan cukup berbeza dengan pengetahuan sedia ada aku. Nampak gayanya, Ketua Penyelaras Moderasi dan Penyelaras subjek yang diajar cukup membantu dalam meningkatkan pengetahuan berkaitan konsep moderasi tersebut.

Taklimat Moderasi Kerja Kursus mengikut mata pelajaran.
Semoga, pada masa akan datang, pasti dapat aku laksanakan sebaik mungkin sebagaimana pensyarah senior berkaitan hal tersebut. InsyaAllah.

Pensyarah Senior menunjukkan tatacara penggunaan mesin photostat.
Nukilan : Azlanlin