Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Pada tahun ini (2011) walaupun Hari Guru telah terlaksana sambutannya di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). Temanya ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.
Banner Laman Web sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak. |
Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Sinonim sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.
Perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingin dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), para pendidik perlulah menguasainya agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai.
Dalam hal ini, jati diri para pendidik haruslah tinggi agar dapat mengikut rentak yang dirancang oleh kerajaan dalam bidang pendidikan. Akhir kalam, dalam hal ini (transformasi pendidikan), saya percaya para guru sememangnya sudah bersedia.

IPG Induk membuka 'booth' sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011 |
Majlis Perasmian sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011 |
Hidup Cikgu................
***************************
Hari ini pula (27 MEI 2011) adalah sambutan Hari Guru Peringkat IPTHO. Sambutan ini adalah di bawah kelolaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) khusus untuk para pensyarah IPTHO. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya.
Sambutan Hari Guru peringkat IPTHO |
No comments:
Post a Comment