:: LUARBIASAkan yang BIASA ::



SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung
Warna-Warni Pensyarah Baru.
Saya akan muatnaik ceritera terbaru mengikut kesesuaian masa.
Sila tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA...

Sekian,Terima Kasih


Kunjungilah LAMAN WEB IPTHO. Klik di sini

Tuesday, 19 April 2011

MESYUARAT : Liason Officer @ Pegawai Pengiring

Hari ini aku menghadiri mesyuarat berkaitan Jawatan Kuasa Kecil dalam pengurusan Hari Konvokesyen IPTHO kali ke 18 2011. Aku terlibat berkaitan dengan tugasan Liason Officer (LO) @ Pegawai Pengiring. 

En. Koh, Timb Pengarah IPTHO dan En Raof
selaku Penyelaras Majlis Konvokesyen kali ke-18
sedang mendengar segala permasalahan dalam hal JKuasa 'LO'

Tugasan ini mungkin adalah tugasan biasa bagi seorang guru yang telah biasa terlibat dengan hal ini. Namun pengalaman LO aku sewaktu di sekolah dalam melancarkan aktiviti peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan sedikit-sebanyak dapat membantu untuk tugasan ini di IPG.

Pegawai LO yang berehat sementara menunggu Pengarah iringan bersarapan
sebelum majlis Konvokesyen berlangsung

Suatu kebetulan, aku menjadi 'LO' untuk Pengarah IPG Kampus Ipoh Perak. Awalnya, aku cuba selidiki maklumatnya di laman web IPG tersebut dan bertanyakan rakan-rakan pensyarah senior. Hal ini membantu aku mengenali dan memahami individu yang bakal aku iringi nanti. Walau bagaimanapun, maklumat tersebut hanyalah sebagai persediaan awal sebelum aku hubungi beliau.

Bergambar bersama dengan Pengarah IPG Ipoh (baju hijau) dan IPIS (baju kuning) yang diiring

Akhirnya, aku hubungi Pengarah IPG IPoh Perak melalui telefon bimbitnya untuk berbincang dan memaklumkan hal yang harus diketahui dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Situasi ini akan memudah dan melancarkan perjalanan Majlis Konvokesyen IPTHO nanti.

Alhamdulillah, tugasan ini diselesaikan dengan lancar. Beberapa pengalaman baru dapat aku kutip sebagai penambah rencah Warna-warni Kehidupan aku.

No comments:

Post a Comment