:: LUARBIASAkan yang BIASA ::



SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung
Warna-Warni Pensyarah Baru.
Saya akan muatnaik ceritera terbaru mengikut kesesuaian masa.
Sila tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA...

Sekian,Terima Kasih


Kunjungilah LAMAN WEB IPTHO. Klik di sini
Showing posts with label Praktikum. Show all posts
Showing posts with label Praktikum. Show all posts

Monday, 27 June 2011

PRAKTIKUM : Langkah bermula dengan E-PORTFOLIO

Berbekalkan pengalaman sewaktu Program Mentoring pada semester lepas, langkah sendiri sudah mula dibuka untuk semester ini. Seawalnya saya mendapat seramai 3 orang guru KDPM-PRA (KEMAS/PERPADUAN) Ambilan 2008 untuk menyelia sesi pengajaran mereka bagi semester Jun-Nov ini. Di saat-saat akhir, saya mendapat tambahan seorang lagi guru yang harus diselia. 



Sesi praktikum semester ini melangkau daerah. Empat orang guru adalah daripada empat buah daerah iaitu Cikgu Nurul Huda - Batu Pahat, Cikgu Rohili - Segamat, Cikgu Roshita - Kota Tinggi dan Cikgu Zuraidah - Johor Bahru. Berasaskan perbezaan daerah, perancangan teliti harus dibuat agar terlaksana sesi praktikum dengan jayanya bagi semester ini. 

Setakat ini, sesi lawatan pra-penyeliaan telah dapat dilaksanakan dengan terurus mengikut perancangan. Lokasi sekolah Tadika KEMAS dan Perpaduan telah dikunjungi berasaskan peta yang telah dilakarkan oleh pelajar sendiri. Perbincangan berkaitan jadual kelas dan beberapa item berkaitan portfolio dan Buku Rekod Pengajaran telah mendapat kata sepakat antara saya dan para pelajar.
Keempat-empat pelajar saya telah menjadi perintis untuk sesi praktikum ini. Selain menyedia portfolio secara maujud, mereka juga harus menyediakan E-PORTFOLIO. E-Portfolio yang mereka sediakan berasaskan maya dengan menggunakan BLOG sebagai tapak yang percuma. Asasnya, E-Portfolio mereka mempunyai dua tujuan. Tujuan pertama blog yang mereka bangunkan adalah sebagai memperkenalkan Tadika mereka di alam maya. Tujuan kedua pula, segala aktiviti murid, refleksi berkaitan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malahan jurnal yang mereka garapkan dalam portfolio akan dimuatnaik dalam E-Portfolio.

Di sini, saya ingin memberi gambaran kepada keempat pelajar saya bahawa dengan bahan yang sedia ada mampu diinovasikan secara maya. Semoga para pelajar saya menjalani sesi praktikum dengan jayanya. InsyaAllah.

Alhamdulillah, setakat ini pelajar saya sudah mampu memiliki sebuah blog yang memaparkan organisasi Tadika masing-masing. Selain itu para pelajar saya sudah mula untuk memuatnaikkan bahan-bahan praktikum mereka.

Untuk melihat blog mereka, para pembaca boleh KLIK pada nama tadika mereka.

Tuesday, 26 April 2011

PENYELIAAN : Praktikum Sesi Terakhir...

Hari ini, aku masih ikuti pelaksanaan Program Mentoring berkaitan sesi praktikum yang berlangsung sehingga 28 April 2011. Justeru, aku ikuti pensyarah senior ke sebuah sekolah rendah di daerah Kluang untuk melaksanakan sesi penyeliaan Praktikum yang terakhir. 

Sesi Penyeliaan terakhir lebih berkisar kepada penyeliaan bersama guru pembimbing. Beberapa aspek yang perlu diambilkira dalam penyeliaan ini. Permerhatian terhadap segala dokumentasi guru pelatih perlu dititikberatkan. Ini bertujuan agar adunan pengalaman praktikum mereka dapat diserapkan dalam jiwa dan roh mereka sebagai bakal guru permulaan. Malahan, beberapa kata-kata nasihat telah dibelhkan kepada guru pelatih agar mereka memahami senario sebenar dalam kelas dan sekolah.

Pengalaman langsung guru pelatih dalam sesi praktikum benar-benar menguji aspek pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, pengurusan masa, hubungan interpersonal, komunikasi berkesan dan situasi sebenar di dalam kelas dan sekolah. Tahniah kepada guru pelatih yang telah berjaya menjalani sisi praktikum dengan jayanya.

Wednesday, 6 April 2011

PRAKTIKUM : Paloh - SK Paloh 2.

06.04.2011 - Selasa

Hari ini jam 8.30 pagi berpeluang mengikuti pemantauan praktikum bersama mentor bersama Tn Hj Jamal di SK Paloh 2. Perjalanan ke sekolah tersebut melalui Sri Bengkal, Parit Yani, Yong Peng dan terus menuju ke Paloh. Jalannya agak sunyi dan bengkang-bengkok. Namun, perjalanan dalam kelajuan yang sederhana menghasilkan perjalanan yangs selamat.

Setibanya di sekolah tersebut, saya dan mentor menuju ke pejabat pentadbiran untuk mendapatkan tandatangan Guru Besar. Seterusnya kami berdua menuju ke kelas Pendidikan PraSekolah bagi memantau guru perempuan KPLI/Pra. Asasnya penyeliaan kali ini adalah kali terakhir.

Bersama Tn Hj Jamal sewaktu menyelia GP di SK Paloh 2, Paloh.

Beberapa borang penting telah ditunjukkan oleh mentor kepada saya. Peryeliaan bersama antara pensyarah dan guru pembimbing dilaksanakan serentak. Buku rekod pengajaran disemak berkaitan tajuk, objektif serta aktiviti yang dirancang telah seiring dilaksanakan oleh guru praktikum. Saya menyemak portfolio yang disediakan oleh guru praktikum tersebut. Menarik sekali jurnal yang perlu digarapkan oleh guru praktikum bagi menyatakan refleksi setiap minggu terhadap P&P mereka.

Ketika penyeliaan terakhir, borang PR1(warna pink) dan PR2 (warna hijau) diisikan. Markah telah dikirakan secara bersama oleh pensyarah dan guru pembimbing untuk penyeliaan kali terkahir ini.
Kaedah GP melaksanakan kelas P&Pnya.

Setelah tamat pengajaran, penyelia ( Tn Hj Jamal) berbincang sepintas lalu berkaitan P&P yang telah berlangsung secara dua hala. Guru Praktikum memiliki karisma sebagai guru permulaan yang agak terserlah. Mungkin faktor pengalaman lampau beliau dalam bidang pekerjaan bukan guru sebelum beliau memasuki IPG, mampu mencetuskan keyakinan beliau berhadapan dengan pelbagai situasi.

Apabila tamat sesi penyeliaan praktikum, kami berbual seketika dengan GPK Kurikulum sekolah tersebut. Beliau adalah sahabat lama di Kluang. Itulah Tn Hj Abd Razak. 

Rumusannya, sistem mentoring yang dilaksanakan sungguh berkesan kerana mampu memberi suasana sebenar dan pengalaman secara langsung untuk memberi ruang pengetahuan sedia ada. Kesediaan ini membolehkan seseorang pensyarah baru menghadapi penyeliaan praktikum seorang diri. Terima kasih IPG.

Nukilan : Azlanlin