:: LUARBIASAkan yang BIASA ::



SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung
Warna-Warni Pensyarah Baru.
Saya akan muatnaik ceritera terbaru mengikut kesesuaian masa.
Sila tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA...

Sekian,Terima Kasih


Kunjungilah LAMAN WEB IPTHO. Klik di sini

Saturday, 30 April 2011

TEAM BUILDING : Kursus Kecemerlangan Organisasi

Mulai 27 hingga 29 April 2011, aku ikuti Kursus Team Building di Pusat Latihan dan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi, Segamat, Johor. Seramai 60 orang warga Iphto termasuk staf sokongan dan staf akademik. Situasi ini mampu merapatkan sesama peserta dalam mencapai kecemerlangan untuk IPTHO itu sendiri. Kursus ini adalah anjuran Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (Unit LDP yang diketuai oleh Pn Nor Hida)

Pn Nor Hida, selaku Ketua Unit LDP memberi ucapan aluan
kepada semua warga IPHO yang baru tiba
27 April 2011 - Petang dan malam
Sewaktu sesi Ice-beraking di awal kursus, semua peserta diminta menulis nama dan gred jawatan pada sehelai kertas. Helaian itu diserahkan kepada urusetia yang bertugas. Situasi ini menjelaskan tiada perbezaan sesama sendiri sepanjang ikuti kursus tersebut. Walau bagaimanapun, perbezaan karektor, perwatakan dan ragam menyebabkan situasi itu dilaksanakan. Itu semua adalah proses biasa dalam kehidupan seharian mahupun dalam ruang kerjaya.

Meletakkan nama dan pangkat di dalam bungkusan

Tanda bagus. Mr Mohan.

Persembahan dalam sesi memperkenalkan kumpulan masing-masing.
 
 Mencipta bendera kumpulan
 Ahli kumpulan yang bekerjasama dalam merekabentuk logo untuk setiap kumpulan
Malamnya pula, kumpulan diagihkan dengan kiraan nombor 1 hingga 6. Akhirnya, masing-masing bergerak dalam kumpulan sendiri mengikut nombor diri. Aku berada dalam kumpulan ke-6.

Pn Kamisah (SU Jabatan Ilmu Pendidikan - bertudung hitam dan berbaju biru)
yang sedang menjalankan aktiviti

Markah diberikan terhadap persembahan yang dilaksanakan


En. Ismail Mansor menyampaikan hadiah.
28.04.2011 - 
Pagi :

Pelbagai aktiviti telah dirancangkan mengikut kesesuaian peringkat umur dan tenaga para peserta secara amnya. Terdapat beberapa aktiviti yang menarik minat aku khususnya Explore Race. Terdapat 6 stesyen yang perlu diselesaikan tugasan di setiap stesyen tersebut. Selaku ketua kumpulan, aku perlu tegas, berlembut, memahami dan menyesuaikan diri dengan pelbagai ragam dan perwatakan ahli kumpulan.

Petang :

Aktiviti yang agak lasak ialah sesi membina dan menaiki rakit yang dibina. Semua kumpulan perlu membina rakit dengan 6 buah pelampung (getah tayar lori), 6 batang buluh yang panjang, 3 batang buluh yang pendek dan 6 utas getah pelampung (tayar) yang dibentuk spt tali untuk mengikat. Sewaktu penerangan yangdiberikan oleh fasilitator kepada ketua kumpulan, nampak mamcam mudah. Apabila proses pembinaan rakit tersebut, terasa sukar la jugak. Namun, semua kumpulan harus menurunkan rakit dari daratan ke dalam kolam besar (alur air) untuk mendapatkan bendera Malaysia di hujung kolam. Jarak permulaan hingga ke akhirnya, tidaklah terlalu jauh tetapi tetap berasa keletihannya. Almaklumlah, terdapat 8 orang peserta kumpulan dengan 2 batang pendayung yang dibekalkan.
Bersantai dalam kolam
 Pakat-pakat dayung

Fuhhh.. Kumpulan aku mendapat tempat ke-3 dalam perlumbaan berakit itu. Yang penting dalam aktiviti tersebut ialah bekerjasama...

Malam :

Pada waktu malam, terdapat dua aktiviti yang dilaksanakan. Pertamanya ialah "RADIO KARAT" dan keduanya ialah "NIGHT WALK". 

Bagi aktiviti RADIO KARAT, ketua kumpulan diberi sebuah teks dan perlu memahami maklumat yang disampaikan. Bagi aku, aktiviti sebegini memerlukan kebijaksanaan dalam memahami, mengkategorikan dan menyampai maklumat. Berdasarkan sebuah teks yang panjang berkaitan sebuah senario pemandangan di sesebuah kawasan, aku mengingat dan menyusus maklumat2 tersebut mengikut kriteria.

Taklimat tentang aktiviti Radio Karat

Beberapa maklumat yang remeh dan isi yang kurang penting, aku telah nyahkan dalam ruang memori utk disampaikan kepada ahli kumpulan yang ke-2. Pelbagai gangguan dlm proses mengingat dan menyampaikan maklumat. Muzik dibunyikan dengan kuat dan penyampai maklumat perlu menjaga api lilin masing-masing supaya tidak padam. Malahan, fasilitator pula telah menguis2 api lilin tersebut. Gangguan-gangguan tersebut mampu merosakkan proses penyampaian maklumat. Begitulah yang berlaku di sesebuah organisasi. Akibat menyampaikan maklumat, pasti ada yang tertinggal dan ada penambahan maklumat. Akhirnya, maklumat yang berlegar adalah tidak sahih seperti asalnya.

Sebelum sesi NIGHT WALK
Manakala, aktiviti selanjutnya ialah NIGHT WALK. Sesi ini memberi keinsafan dalam diri. Berjalan seorang diri dalam hutan yang gelap pekat. Hanya berpandukan tali yang diikat pada pokok dan kayu tumbang di sepanjang perjalanan. Insaf, pasrah, berusaha, meredah, mengharungi dan berstrategi dalam perjalanan hingga ke penghujungnya adalah pedoman sepanjang perjalanan. Banyak kayu, pokok dan ranting serta belukar kecil yang merentangi perjalanan. Begitulah seadanya kehidupan kita. Mana mungkin kita tahu apa yang bakal berlaku di hadapan sana melainkan berhati-hati dan berpandukan panduan hidup menjadi pengangan masing-masing...

29.04.2011 - Pagi

Sesi ucapan daripada Pengarah IPTHO telah berlangsung Beberapa harapan dan amanat pucuk pimpinan terhadap warga IPTHO dalam mencapai kecemerlangan organisasi.

Kehadiran Pengarah, Pn Hjh Zaleha dalam menyemarakkan suasana kursus tersebut
Menariknya, Pengacara Majlis, Pn Faziah Hashim, berjaya merangka seloka khas berkaitan keseluruhan perjalanan program itu. Setiap bait rangkap yang dibina terdapat rangkuman peristiwa manis yang digarapkan. TAHNIAH. Anda boleh KLIK DI SINI.

Setelah selesai, jam 12.30 tengah hari, aku bergegas pulang ke Tanjung Malim, Perak untuk menziarahi ahli keluarga yang masih kejauhan...Sempat aku bersembahyang Jumaat di sebuah masjid di Negeri Sembilan.

2 comments:

  1. Hahaha.. baravo bro! Selamat menempuh satu lagi gerbang dalam alam pendidikan di Malaysia. "Radio Karat" huhu.. asetelah 20 tahun bergelumang dengan bidang pendidkan, aku baru mengenalinya beberapa bulan yang lepas... Jangan terlebih karat sudah lah... nanti kena buang dek orang hihihi..

    ReplyDelete
  2. Konsep Radio Karat kerap berlaku dalam organisasi.. Kekurangan maklumat, menyebabkan fitnah yang timbul.. Sangat bahaya..
    ~ Jarang orang hendak mendapatkan sumber primer berbanding dgn maklumat yg kurang sahih dan sensasi... tak gitu tuan?

    ReplyDelete