Entri berkaitan kembalinya En Zakaria ke rahmatullah telah dipaparkan. KLIK DI SINI. Sehubungan itu, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan - Tn Hj Mahali telah mengambil tindakan proaktif atas urusan mengagihkan tugas dan tanggungjawab Allahyarham Zakaria sewaktu hayatnya sebagai pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan.
Pengagihan yang sama-rata. Dari kiri : En.Azlanlin, Tn Hj Mahali (Ketua Jabatan) dan En.Rosman |
Lantaran itu, aku adalah sama bidang kepakaran dengan Allahyarham iaitu dalam bidang Psikologi. Makanya, jawatan Penyelaran Subjek - EDU 3102 : Perkembangan Kanak-kanak adalah menjadi tanggungjawab aku untuk diselesaikan bagi semester ini. Begitu juga dengan tambahan kelas untuk mengajar mata pelajaran tersebut.
No comments:
Post a Comment