:: LUARBIASAkan yang BIASA ::



SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung
Warna-Warni Pensyarah Baru.
Saya akan muatnaik ceritera terbaru mengikut kesesuaian masa.
Sila tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA...

Sekian,Terima Kasih


Kunjungilah LAMAN WEB IPTHO. Klik di sini

Thursday 21 April 2011

COKMAR : identiti dan kegemilangan

Cokmar Majlis Konvokesyen telah diperkenalkan pada tahun 2000. Cetusan fikiran untuk mewujudkan cokmar ini dizahirkan sendiri oleh Pengetua Maktab Perguruan Batu Pahat, Tn Hj Hashim bin Kahat dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Majlis Konvokesyen MPBP tahun 2000. Atas keinginan dan kepekaan yang tinggi untuk melihat MPBP cemerlang dari semua sudut, maka lahirlah cetusan fikiran beliau untuk mewujudkan  sebuah  cokmar yang melambangkan imej, identiti dan kecemerlangan dalam pelbagai ilmu dan kemahiran di MPBP.


 Tatacara meletakkan Cokmar dengan berhemah

Cokmar ini telah direka bentuk oleh saudari Soraya binti Rosli, pelajar KPLI Pengajian Seni sesi 2000-2001. Reka bentuk ini merupakan pemilihan terbaik daripada 20 reka bentuk yang dihasilkan oleh para pelajar KPLI Pengajian Seni yang dibimbing oleh para pensyarah dari Unit Pendidikan Seni. Pemilihan tersebut telah dipersetujui bersama di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MPBP.

Cokmar ini diperbuat daripada bahan logam dan menggunakan teknik ‘etching’ berbentuk sebatang pen yang melambangkan kecemerlangan dalam bidang ilmu. Unsur awan larat yang menghiasi cokmar ini adalah berdasar tumbuhan semula jadi yang menjalar, melambangkan ilmu dan nilai-nilai pengetahuan sentiasa subur dan berkembang di sepanjang zaman walaupun dipenuhi pelbagai cabaran.

 Raptai untuk Majlis Konvokesyen ke-18 2011


Penggunaan cokmar untuk Konvokesyen MPBP (kini IPTHO) telah dianugerahkan oleh YAB Dato’ Hj Abd Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor.

Perarakan akademik Majlis Konvokesyen, didahului oleh pembawa cokmar sebagai salah satu identiti dan kegemilangan majlis. Istiadat membawa cokmar ini akan terus diguna pakai dalam majlis-majlis konvokesyen yang akan datang.


 Barisan Pembawa Cokmar dan penaihat dalam pergerakan membawa cokmar

3 comments:

  1. Sayalah yang merekacipta cokmar tersebut.. . Terima kasih kerana menghargainya. . .
    Suraya binti Rosli
    18 tahun telah berlalu
    KPLI Seni 1999/2000

    ReplyDelete
  2. Sayalah yang merekacipta cokmar tersebut.. . Terima kasih kerana menghargainya. . .
    Suraya binti Rosli
    18 tahun telah berlalu
    KPLI Seni 1999/2000

    ReplyDelete
  3. Apa nama tempat meletakkan cokmar tu

    ReplyDelete