:: LUARBIASAkan yang BIASA ::



SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung
Warna-Warni Pensyarah Baru.
Saya akan muatnaik ceritera terbaru mengikut kesesuaian masa.
Sila tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA...

Sekian,Terima Kasih


Kunjungilah LAMAN WEB IPTHO. Klik di sini

Friday 1 May 2020

Sepintas Lalu

Setelah menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Ipoh Perak - kini IPIP (MPIP - 1992-1994) dalam bidang Pengajian Sekolah Rendah -Pengajian Melayu (PSR-PM) saya memula kerjaya sebagai seorang guru pada 01.01.95.  Saya adalah seorang Guru Bahasa Melayu di 2 buah Sek Rendah di Johor. Sekolah pertama ialah SRJK(T) Ladang Kulai Besar, Kulai, Johor (1995-1996). KLIK DI SINI. Sekolah kedua pula ialah Sekolah Kebangsaan Seri Intan, Kluang, Johor (1997-2008). KLIK DI SINI.

Sewaktu di sekolah pertama, saya menimba pengalaman sebagai guru permulaan. Banyak pengalaman baru yang kutip sepanjang 2 tahun di sana. Saya selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu telah merangka proses pembelajaran berkesan sehingga meningkatkan peratus keputusan UPSR pada tahun 1996 yang memberangsangkan hasil daripada peningkatan peratus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Modul penulisan telah dirangka bersama rakan-rakan guru berpengalaman di sekolah tersebut telah digunakan. Malahan setiap orang guru Bahasa Melayu diberikan beberapa orang 'anak angkat' bagi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar India.

Sepanjang saya berada di sekolah kedua pula, pelbagai pengalaman dan kemahiran yang saya kutip.  Saya pernah menjawat jawatan Guru Data Sekolah, Penyelaras Makmal Komputer, dan Guru Bestari. Saya juga banyak menimba pengalaman dalam bidang pengurusan dan pentadbiran  serta  kepimpinan di bawah pentadbiran 3 orang guru besar iaitu Allahyarham En. Mohd Lasim b. Ahmad, En. Mohamad Nasir b. Maskan dan En. Hassan b. Sarkon. Ketiga-tiga pentadbir sekolah ini memberi impak besar terhadap minat saya dalam bidang pengurusan dan kepimpinan serta dalam  hal pengajaran dan pembelajaran di kelas. 

Mulai 1998, saya menyambung pengajian peringkat Ijazah pertama di UKM dlm bidang Psikologi dan Komunikasi secara PJJ (perbelanjaan sendiri). Pada tahun 2007, saya mengikuti  Kursus Sijil  Perguruan Khas - Teknologi Maklumat & Komunikasi (KSPK-TMK) di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka selama setahun. KLIK DI SINI. Setelah itu, mulai 13 Disember 2008, saya ikuti Pengajian Sarjana Pengurusan Pendidikan secara sepenuh masa di UPSI (Tajaan KPM). KLIK DI SINI. Kini, mulai 14 Mac 2011, saya mula mendaftar dan bertugas di IPGM Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. KLIK DI SINI. Saya  berada di Jabatan Ilmu Pendidikan dan memiliki kepakaran dalam bidang Psikologi Pendidikan.

Sepanjang tempoh kerjaya saya sebagai guru sekolah rendah mulai 1995, saya mengikuti pelbagai kursus pendidikan, personaliti, kepimpinan dalam siasah. Kursus-kursus tersebut adalah anjuran KPM, BPG, JPNJ, PPD Kluang, INTAN Kluang, MARA Negeri dan Daerah, Kem Belia & Sukan Negeri dan Daerah dan badan pertubuhan siasah.
Pada tahun 2003, saya telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang. Saya juga berminat dalam kajian tindakan di sekolah dan memasuki pertandingan Kajian Tindakan di peringkat daerah dan negeri. Saya sentiasa merangsang diri dan rakan-rakan sejawatan untuk terus ke hadapan dalam kerjaya mahupun kehidupan. Ilmu Pengetahuan mampu membawa kita ke laluan yang tepat dan benar. InsyaAllah.

Pada tahun 2009, saya menerima anugerah Tokoh OKU (Kategori Terbuka - Lelaki) peringkat Negeri Johor sempena Sambutan Hari Orang Kurang/Kelainan Upaya Peringkat Negeri Johor. Anugerah ini berupa pengiktirafan kepada saya selaku warga OKU yang memberi sumbangan dalam bidang pendidikan dan kepimpinan. KLIK DI SINI. Saya juga berminat dalam perihal kemasyarakatan dengan beberapa jawatan sebagai bekas Pengerusi Persatuan Belia 4B Gerbang Bersatu, Caw. Kluang. Selain itu, pernah menjawat jawatan SU UMNO Cawangan Revertex, Kluang, Johor. Ketika menyambung pengajian di UPSI, saya memegang jawatan Pengarah untuk kursus Pemimpin Berkesan, Organisasi Mapan dengan sasaran peserta dalam kalangan 60 orang SU PIBG sek rendah dan sek menengah untuk daerah  Batang Padang, Perak dan daerah Hulu Selangor, Selangor. Kursus ini di bawah tajaan/peruntukan US Student Department/ IREX-ILEP.  KLIK DI SINI

Pengarah IPTHO
Pn Hjh Zaleha bt Onn
Saya berada di IPTHO dengan tiga harapan. Harapan pertama ialah  saya dapat menimba ilmu daripada pihak pengurusan dan pensyarah senior yang berpengalaman dalam memantap dan meneruskan kerjaya saya dalam bidang pendidikan di IPG. Keduanya ialah saya dapat berkongsi pengalaman  langsung sebagai guru sekolah rendah dan ilmu pengetahuan berkaitan bidang psikologi serta ICT dalam kerjaya sebagai guru kepada para pelajar saya iaitu bakal guru permulaan di sekolah rendah. Harapan ketiga ialah saya dapat menimba pengetahuan dan menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang psikologi sedikit masa lagi. InsyaAllah.

Para pembaca boleh menghubungi saya menerusi email iaitu azlanlinn@yahoo.com atau azlanlin@iptho.edu.my.  Facebook saya juga boleh KLIK DI SINI.

1 comment:

  1. Looking for professional and licensed verified Packers and Movers at an affordable cost?
    Your search ends here... Hire the most licensed and verified packers and movers at an affordable cost and save money, compare the quotes with the top 3 competitors and choose the best one!
    100% Licensed & verified Transporters in India

    Packers and Movers India | Licensed Transporters | Hassle-free relocation
    MovingNow is the most trusted logistics platform for Packers and Movers in India, providing you with hassle-free house shifting, office relocation, and transport services.
    Movers and Packers in Pune
    Best Packers and Movers in Chennai
    Best Movers and Packers in Ahmedabad

    ReplyDelete