:: LUARBIASAkan yang BIASA ::



SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung
Warna-Warni Pensyarah Baru.
Saya akan muatnaik ceritera terbaru mengikut kesesuaian masa.
Sila tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA...

Sekian,Terima Kasih


Kunjungilah LAMAN WEB IPTHO. Klik di sini

Monday, 27 June 2011

PRAKTIKUM : Langkah bermula dengan E-PORTFOLIO

Berbekalkan pengalaman sewaktu Program Mentoring pada semester lepas, langkah sendiri sudah mula dibuka untuk semester ini. Seawalnya saya mendapat seramai 3 orang guru KDPM-PRA (KEMAS/PERPADUAN) Ambilan 2008 untuk menyelia sesi pengajaran mereka bagi semester Jun-Nov ini. Di saat-saat akhir, saya mendapat tambahan seorang lagi guru yang harus diselia. 



Sesi praktikum semester ini melangkau daerah. Empat orang guru adalah daripada empat buah daerah iaitu Cikgu Nurul Huda - Batu Pahat, Cikgu Rohili - Segamat, Cikgu Roshita - Kota Tinggi dan Cikgu Zuraidah - Johor Bahru. Berasaskan perbezaan daerah, perancangan teliti harus dibuat agar terlaksana sesi praktikum dengan jayanya bagi semester ini. 

Setakat ini, sesi lawatan pra-penyeliaan telah dapat dilaksanakan dengan terurus mengikut perancangan. Lokasi sekolah Tadika KEMAS dan Perpaduan telah dikunjungi berasaskan peta yang telah dilakarkan oleh pelajar sendiri. Perbincangan berkaitan jadual kelas dan beberapa item berkaitan portfolio dan Buku Rekod Pengajaran telah mendapat kata sepakat antara saya dan para pelajar.
Keempat-empat pelajar saya telah menjadi perintis untuk sesi praktikum ini. Selain menyedia portfolio secara maujud, mereka juga harus menyediakan E-PORTFOLIO. E-Portfolio yang mereka sediakan berasaskan maya dengan menggunakan BLOG sebagai tapak yang percuma. Asasnya, E-Portfolio mereka mempunyai dua tujuan. Tujuan pertama blog yang mereka bangunkan adalah sebagai memperkenalkan Tadika mereka di alam maya. Tujuan kedua pula, segala aktiviti murid, refleksi berkaitan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malahan jurnal yang mereka garapkan dalam portfolio akan dimuatnaik dalam E-Portfolio.

Di sini, saya ingin memberi gambaran kepada keempat pelajar saya bahawa dengan bahan yang sedia ada mampu diinovasikan secara maya. Semoga para pelajar saya menjalani sesi praktikum dengan jayanya. InsyaAllah.

Alhamdulillah, setakat ini pelajar saya sudah mampu memiliki sebuah blog yang memaparkan organisasi Tadika masing-masing. Selain itu para pelajar saya sudah mula untuk memuatnaikkan bahan-bahan praktikum mereka.

Untuk melihat blog mereka, para pembaca boleh KLIK pada nama tadika mereka.

No comments:

Post a Comment