Hari ini jam 8.30 pagi berpeluang mengikuti pemantauan praktikum bersama mentor bersama Tn Hj Jamal di SK Paloh 2. Perjalanan ke sekolah tersebut melalui Sri Bengkal, Parit Yani, Yong Peng dan terus menuju ke Paloh. Jalannya agak sunyi dan bengkang-bengkok. Namun, perjalanan dalam kelajuan yang sederhana menghasilkan perjalanan yangs selamat.
Setibanya di sekolah tersebut, saya dan mentor menuju ke pejabat pentadbiran untuk mendapatkan tandatangan Guru Besar. Seterusnya kami berdua menuju ke kelas Pendidikan PraSekolah bagi memantau guru perempuan KPLI/Pra. Asasnya penyeliaan kali ini adalah kali terakhir.
Beberapa borang penting telah ditunjukkan oleh mentor kepada saya. Peryeliaan bersama antara pensyarah dan guru pembimbing dilaksanakan serentak. Buku rekod pengajaran disemak berkaitan tajuk, objektif serta aktiviti yang dirancang telah seiring dilaksanakan oleh guru praktikum. Saya menyemak portfolio yang disediakan oleh guru praktikum tersebut. Menarik sekali jurnal yang perlu digarapkan oleh guru praktikum bagi menyatakan refleksi setiap minggu terhadap P&P mereka.
Ketika penyeliaan terakhir, borang PR1(warna pink) dan PR2 (warna hijau) diisikan. Markah telah dikirakan secara bersama oleh pensyarah dan guru pembimbing untuk penyeliaan kali terkahir ini.
Setelah tamat pengajaran, penyelia ( Tn Hj Jamal) berbincang sepintas lalu berkaitan P&P yang telah berlangsung secara dua hala. Guru Praktikum memiliki karisma sebagai guru permulaan yang agak terserlah. Mungkin faktor pengalaman lampau beliau dalam bidang pekerjaan bukan guru sebelum beliau memasuki IPG, mampu mencetuskan keyakinan beliau berhadapan dengan pelbagai situasi.
Apabila tamat sesi penyeliaan praktikum, kami berbual seketika dengan GPK Kurikulum sekolah tersebut. Beliau adalah sahabat lama di Kluang. Itulah Tn Hj Abd Razak.
Rumusannya, sistem mentoring yang dilaksanakan sungguh berkesan kerana mampu memberi suasana sebenar dan pengalaman secara langsung untuk memberi ruang pengetahuan sedia ada. Kesediaan ini membolehkan seseorang pensyarah baru menghadapi penyeliaan praktikum seorang diri. Terima kasih IPG.
Nukilan : Azlanlin
Nukilan : Azlanlin
No comments:
Post a Comment