Perjalanan seminggu sebagai warga baru dalam IPTHO menjelaskan satu senario baru. Senario perjalanan kerjaya yang memerlukan beberapa perubahan mentaliti dan kejiwaan. Ini adalah proses biasa dalam mengharungi 5 hari bekerja sebagai warga baru.
6 orang warga baru IPTHO, kami menerima taklimat awal daripada pihak Ketua Unit Latihan Dalam Perkidmatan (KU LDP), Pn Noorhida. Dalam taklimat tersebut, amanat daripada pihak Pengarah telah disampaikan. Kami perlu menyelesaikan satu tugasan iaitu perlu mendapatkan tandatangan daripada pihak pihak pengurusan iaitu bermula dengan pengarah, tim pengarah, Ketua Jabatan dan berakhir dengan semua Ketua Unit Pengurusan masing-masing. Senarai nama yang kami terima adalah terlalu asing bagi kami.
Bermula dengan nama-nama tersebutlah kami mula mengenali IPTO secara fizikal dan warganya. Banyak orang, banyak ragamnya. Itu adalah lumrah alam. Itulah hakikat yang harus diterima. Tanpa sesi itu, pastinya kami tidak akan mengenali warga pentadbiran, para pensyarah dan staf pengurusan. Alhamdulillah, kami lalui dengan tenang dan berhemah. Ini adalah satu proses perkenalan dengan IPTHO.
Nukilan : Azlanlin
No comments:
Post a Comment