Jam 7.45 pagi pada 21 Mac 2011, bergelarlah aku sebagai warga IPTHO, Batu Pahat. Perjumpaan bersama KUKP dengan sedikit taklimat umum sebagai warga baru IPTHO. Seramai 5 orang warga IPTHO yang bergelar pensyarah baru mengikut bidang masing-masing telah ke Jabatan masing-masing. Aku bersama Sdra Rosman menuju ke Jabatan Ilmu Pendidikan.
Alhamdulillah, aku berjaya memenuhi kriteria untuk mengajar bidang psikologi kerana itulah bidang yang aku minati. Justeru aku berada dalam Unit Ilmu Pendidikan. Manakala Sdra Rosman adalah pakar dalam bidang pendidikan khas. Makanya, beliau berjaya ke Unit Pendidikan Khas. Beliau berpotensi besar dalam unit itu kerana kepakarannya sangat-sangat diperlukan. Ini kerana beliau memiliki dgree dan sarjana dalam bidang kepakaran yang sama iaitu Pendidikan Khas. Beliau berpotensi besar dalam bidang itu.
Manakala, Sdra Na'aisham dan Sdra Baharudin juga memiliki kepakaran yang diperlukan oleh pihak IPTHO dan Jabatan Kemahiran Hidup khususnya. Mereka memiliki kepakaran masing-masing untuk dicurahkan kepada bakal-bakal guru di IPTHO ini dalam bidang Kemahiran Hidup (Rekabentuk Teknologi - RBT). Begitu juga dgn Pn Jama'aton, beliau ditempatkan di Jabatan RnD. Beliau memiliki kepakaran dalam bidang kajian walaupun pada asasnya, beliau adalah memiliki kepakaran dalam bidang Kemahiran Hidup.
Inilah senario asas pada hari pertama menjejak kaki sebagai warga baru di IPTHO.
No comments:
Post a Comment